Pahlawan sabah gunakan perniagan satukan masyarakat lawan Jepun.
Datuk
Maharajalela Musa Unggu atau dikenali Pak Musa diiktiraf seorang
daripada pejuang kemerdekaan Sabah,tetapi tidak ramai yang tahu tokoh
itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad
ke-20.
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam ,Adui Unggu
dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada 1944 keranaa ketokohannya
memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di
Membakut dan Beaufort.
Keadah perniagaan digunakan mirip system
koperasi iaitu pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan tokoh itu
dan pengikutnya akan dikumpul,sebalum dipasarkan sehingga ke Brunei
Darussalam dan Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan
masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun
menganggapnya ancaman kepada mereka.Beliau dan pengikutnya diisytiharkan
sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiaga Borneo
Utara British (SBBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik
perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut
dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka
dari bumi Borneo Utara (Kini Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon
memburu Pak Musa dan pengikutnya,tetapi mereka engganberundur,sebaliknya
menyerang balas setiap kali masyarakat pribunmi di Membakut dan
Beaufort dibunuh,ditindas dan diugut penjajah.
Cucu
saudaranya,Subohria Amat Tua,83,berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung
Kusilad,Pitas di Utara Sabah pada 1867,tetapi menjadikan Paitan,Beluran
dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun.
Beliau
berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan
dan kebatinan pada 1908.Ketika zaman penjajahan British,beliau bersama
pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan
untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi PEDANG
milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah
Mangsa kekejaman
SBBU. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya
dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima
tawaran British untuk dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah.
Turut di buang daerah adalah abangnya Pak Musa,Mondut danadiknya Mualas
Unggu serta dua sepupu mereka dikenalai Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke
Membakut manakala dua lagi,Serail (Klias,Beaufort) dan Unggal
(Kinarut,Papar)Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke
Membakut.
Suboriah berkata,mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan
kampong halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke
Jesselton(Kini Kota kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka
sediakan sendiri.Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB.
Cicit Pak Musa Syehriffah Tanjil mewarisi harta
Pusaka milik Pak Musa
Selain
pernah menetap di rumah Pak Musa,subohria mendapat maklumat
kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya Dauyah Mondut yang terbabit dalam
pelayaran merentasi samudera Pitas,Kota Marudu,Kota Belud dan Tuaran.
Beliau
berkata,sebaik tiba di Jesselton wakil Residen British membawa mereka
ke Petagas dekat Bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun
sebelum diarahkan ke Membakut. Suboharia berkata,Pak Musa sering bertapa
di lubang batu di kenali “ wasai” yang kini masih wujud di kawasan air
terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan,kira-kira 12 kilometer dari
Pekan Membakut.
Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan
persilatan,tokoh itu turut menceri ilham untuk meningkatkan ekonomi
masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman
penjajah,katanya. Suboharia masih ingat,lima perahu besar digunakan
untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan
Membakut sebalum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau
Tenom.
Katanya hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang
diperolehi daripada suber kebun dan belantara sekitar Membakut dab
Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barang berkenaan
sebelum dipasarkan. Bagaimanapun,katika itu Kempetei (Perisik tenteta
Jepun) sering keluar masuk Kampong Bambangan untuk memburu Pak Musa dan
pengikutnya. Jepun yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak
Musa,menukar strategi dengan dengan mengugut akan menangkap dan membunuh
keluarganya.Ini membuatkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah
diri.
Jepun dikatakan menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa boleh
terakhis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang
jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Suboharia
yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan
British berkata,Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu
menyebabkan kekebalannya hilang sekali gus peluang itu digunakan askar
Nippon untuk memancung kepalanya.
No comments:
Post a Comment